Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Seremban

Bahagian Hal Ehwal pelajar (HEP) telah diwujudkan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban pada tahun 2014. Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan bahagian yang penting dalam pembentukan sahsiah, rohani, jasmani, spiritual, intelektual dan emosi mahasiswa berlandaskan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 dan pindaan-pindaanya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM

Dengan kekuatan kakitangan seramai 27 orang menjalankan dua fungsi terasnya (core business) iaitu Pembangunan dan Kepimpinan serta Kemudahan dan Perkhidmatan.

Pembangunan dan Kepimpinan:

  1. Program Kepimpinan Pewaris Bangsa
  2. Program ‘Finishing School’
  3. Kursus Kenegaraan
  4. Kursus Kokurikulum
  5. Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
  6. Pembangunan Sukan
  7. Pembangunan Keusahawanan
  8. Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian
  9. Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Pelajar

Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK)

salah satu unit yang bernaung dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Di UiTM Kampus Seremban 3, UKK mempunyai dua orang kaunselor berdaftar (pegawai psikologi) yang menjalankan mandat & tugas di UKK. UKK menyediakan perkhidmatan kaunseling secara bersepadu sama ada kaunseling individu, kelompok, kaunseling kerjaya, kes-kes rundingan serta bimbingan. Selain dari itu UKK  turut membantu dalam menjayakan Program Pembangunan Pelajar, motivasi diri, misi akademik dan sebagainya.

Unit Kesihatan

Kampus Seremban mula dibina  pada 19 Januari 2011, di atas tanah seluas 38 ekar di kawasan pembangunan Seremban 3, Seremban Negeri Sembilan. Ia akan menempatkan seramai 5000 orang pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus.

Unit kesihatan mula beroperasi pada bulan Jun 2014. Sehingga Januari 2015, Unit kesihatan mempunyai seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan, dua orang jururawat terlatih, dan seorang penolong pegawai farmasi.

Visi Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual agar visi dan misi Universiti Teknologi MARA dapat dicapai.

Misi Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Melahirkan masyarakat universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Objektif

Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berdasarkan kepada falsafah, visi dan misi bahagian, Unit Kesihatan telah menyusun strategi untuk berperanan sebagai pusat perkhidmatan kesihatan yang cemerlang melalui :


  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar UiTM mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari semasa ke semasa
  • Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar UiTM selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
  • Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar UiTM dengan memastikan bahawa ianya sentiasa kemaskini dan betul
  • Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti
  • Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan
  • Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan
  • Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga Kampus Seremban

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk berusaha memastikan:

  • Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional
  • Perkhidmatan yang mesra, segera dan bertanggungjawab
  • Persekitaran klinik yang bersih, selamat dan kondusif
  • Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan.

Objektif Kualiti

  • 80% Pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  • 95% Pesakit berpuashati dengan perkhidmatan perubatan yang diberikan.

Unit Ko-Kurikulum

Mula melaksanakan tanggungjawab unit pada 2 Februari 2014 dan berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti dan kursus Kokurikulum yang ditawarkan di kampus cawangan Seremban 3. 

Unit ini berperanan untuk mewujudkan pendidikan yang menyeluruh dan seimbang ke arah melahirkan graduan yang serba boleh, berdedikasi, berdikari, beretika dan bertanggungjawab agar mampu membentuk masyarakat yang teguh dan padu. 

Sejarah Unit Kokurikulum adalah berasal daripada penubuhan Unit Kesatria pada tahun 1976. Sebagai salah satu penambahbaikan terhadap unit ini, mulai Oktober 2007 Unit Kesatria telah diletakkan di bawah Unit Kokurikulum yang yang dapat berperanan dengan lebih luas lagi bagi mengimbangi keperluan kokurikulum pelajar yang semakin bertambah.

Dibawah perenggan 1.40 peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA, kokurikulum ialah aktiviti luar kuliah yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.  

Unit Kokurikulum Kampus Seremban 3 diketuai oleh Pegawai Kokurikulum dalam menguruskan pentadbiran dan pelaksanaan segala program dan aktiviti unit berkenaan.

Unit Pengurusan Kolej

Pengenalan

  1. Kemasukan pelajar yang pertama ke kolej kediaman adalah pada sesi Mac 2014 iaitu pelajar ijazah.
  2. Dua bangunan kolej kediaman (siswa & siswi)
  3. Perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan:
  • Medan Makan di Bangunan Tiga Persukuan
  • Bilik Gerakan Pelajar ( Bilik Perbincangan/Mesyuarat)
  • Outdoor Gym
  • Air Minuman (Vending Machine)
  • Bilik Dobi
  • Pusat Islam (Solat jumaat di dalam kampus)
  • Bilik OKU di setiap blok siswa dan siswi
  • Rumah tamu di setiap blok 
  1. Blok Siswa (Bendahara Skudai)
  • Kapasiti 1000 pelajar
  • Penempatan untuk pelajar siswa diploma dan ijazah
  • 8 tingkat
  1. Blok Siswi (Puteri Mayang Selida)
  • Kapasiti 1500 pelajar
  • Penempatan untuk pelajar siswa diploma dan ijazah
  • 12 tingkat
  1. Bagi mahasiswa yang tidak ditawarkan kemudahan kolej, kebajikan mereka tidak di abaikan. Unit Pengurusan Non Residen (NR) ditubuhkan untuk :
  • Menyediakan direktori maklumat rumah sewa
  • Penyediaan maklumat, informasi serta garis panduan sewaan rumah
  • Mengatur program kemasyarakatan dengan penduduk setempat
  • Membantu persatuan NR menjalankan program dengan pihak berkaitan
  • Memantau dan menjaga keselamatan pelajar NR

Unit Sukan

Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti.  Ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa.  Melalui program serta aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Unit Sukan untuk melibatkan seramai 100% warga kampus aktif dalam kegiatan sukan.

Unit Sukan turut berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan.

Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan selain berperanan menguruskan stor peralatan sukan.  Antara kemudahan sukan yang boleh digunakan pelajar adalah Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Baling, Padang Bola Sepak, Gelanggang Sepak Takraw, Ping Pong, Catur Gelanggang Silat, Gelanggang Taekwondo, Bola Keranjang, Bola Tampar, Outdoor Gymnasium, Laluan Basikal Lasak.  

Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Unit Sukan adalah Sukan Kolej (SUKOL), Sukan Pelajar (SUPER NINE), Bulan Sukan, Kejohanan Dalaman, Karnival Sukan Mahasiswa( KARiSMA), Sukan Staf dan lain-lain kejohanan jemputan, baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan. 

Unit Hal Ehwal Islam

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia serta memantau segala program dan aktiviti kerohanian dan keagamaan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, khususnya di UiTM Kampus Seremban selaras dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, disamping menjalankan aktiviti kebajikan kepada warga UiTM dan masyarakat.

Fungsi UHEI seperti berikut:

BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MASJID

PENTADBIRAN HAL EHWAL ISLAM

DAKWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Sejarah Penubuhan

Unit Hal Ehwal Islam merupakan entiti asal Unit Agama yang ditubuhkan pada 3hb Mac 1971 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, disamping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar.

Mulai Februari 1998 Unit Agama diberi nama baharu iaitu Unit Kemajuan Islam yang diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) dan ditempatkan di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan kepada khidmat penyebaran agama di kalangan staf di samping hakikinya perkhidmatan kepada pelajar.

Pada Januari 2001 ia dikembalikan semula ke fungsi asalnya perkhidmatan kepada pelajar dan dinamakan semula Unit Agama.

Pada 13 Januari 2004 pengisytiharan Pusat Pendidikan Islam sebagai Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) / Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam dan Unit Agama diletakkan dibawah naungan CITU dan diberi nama baru sebagai Pejabat Hal Ehwal Islam (HEI).

Manakala pada 21 Mei 2013 CITU telah dinaik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) dan Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Pusat Islam.

Sekali lagi, pada 14 Jun 2017, Majlis Eksekutif Universiti Bil.14/2017 telah membuat keputusan meluluskan penambahbaikan tadbir urus dan kini Bahagian Hal Ehwal Islam diletakkan terus di bawah Pejabat Naib Canselor, manakala Unit Hal Ehwal Islam di kampus cawangan di letakkan dibawah Pejabat Rektor Universiti.

Piagam Pelanggan

  • Maklumat peribadi klien khidmat bimbingan dan nasihat adalah SULIT
  • Perkara senarai berbutirSolat Fardhu dan Jumaat secara berjemaah didirikan TANPA GAGAL
  • Memproses permohonan bantuan zakat dan sedekah dengan CEPAT DAN EFISYEN
  • Memastikan maklumat dan artikal Islam yang diterbitkan BETUL & BENAR
  • Memastikan program keagamaan mendapat KEBENARAN PIHAK BERWAJIB